Minyak Herbanika
260ml - Harga: W/M:RM105.00
130ml - Harga: W/M:RM68.00
Minyak Herbanika merupakan kombinasi herba-herba segar terpilih dengan bahan-bahan pelembut seperti Minyak Kelapa, Jadam, dan Minyak serai wangi yang membuatkan ia satu formula minyak urutan istimewa bercirikan antiseptik dan astrigen.
Kegunaan tradisional:
* membantu mengencangkan perut & payudara yang kendur
* membantu mengurangkan jaluran-jaluran pecah di kulit badan
* membantu melicinkan perjalanan darah dan mempercepatkan penyembuhan luka pembedahan dan luka jahitan
* membantu melegakan bengkak, kebas-kebas, bisa-bisa, lenguh otot & sendi
Minyak Berubat Mustajab 130ml
Price: W/M:RM33.00
Penyediaan tradisional ini mengandungi minyak kelapa, serai wangi, minyak kayu putih dan rempah-rempah terpilih. Minyak ini terkenal dengan ciri-ciri pelembap, penyubur, astrigen dan antiseptik.
Kegunaan tradisional:
* membantu menguatkan alat kelamin kelakian dan mengatasi masalah angin pasang
* penyegar harian alat kelamin wanita, ibu dan remaja semasa haid, hamil dan bersalin serta mengatasi masalah saluran kencing
* membantu melegakan masalah kembung perut, batuk berkahak, keguguran rambut, sengal-sengal otot dan urat saraf, sakit kepala dan senggugut
* rawatan untuk penyegar dan kecantikan payudara
Akar Herbanika - Minuman herba anti-oksidan
(30 uncang) Harga: W/M:RM100.00
(15 uncang) Harga: W/M:RM70.00
Kegunaan tradisional:
* membantu mengatasi keletihan dan dihidrasi
* membantu membersih dan mengatasi masalah buah pinggang & pundi kencing
* membantu mengatasi retensi air dan menggalakkan pengeluaran peluh
* membantu memperbaiki pengeluaran air mani dan melancarkan pengeluaran susu ibu
* menbantu menyegarkan kulit & urat saraf
Uncang Cuci Herbanika @ 15 uncang
Harga: W/M:RM100.00
Kegunaan tradisional:
* sesuai digunakan sebagai air cebuk selepas bersalin dan dalam rawatan rendaman & tuaman
* membantu mengatasi penyakit-penyakit kulit seperti luka yang berair, kulit berkerak, kudis berseptik dan kudis penyakit kencing manis
* membantu melegakan masalah keputihan dan jangkitan kulat serta menggalakkan kebersihan dan kesegaran bahagian sulit lelaki dan wanita.
NASIHAT DARI PAKAR PERUNDING:
- DATIN SHARIFAH ANISAH BARAKBAH
‘Jika anda mengamal dengan penuh Disiplin, Dedikasi dan Tekun, dengan
IzinNYA, dijamin Kesegaran, Kecantikan dan Terpelihara Kewanitaan anda
keseluruhannya.’
PERATURAN PENGGUNAAN:
SET RANGKAIAN HERBANIKA BERSALIN NONA ROGUY
1) Sapuan MINYAK HERBANIKA untuk Bersalin Normal dan
Pembedahan atau Caesarian di Wad
Selepas Keluar dari Bilik Bersalin ke dalam Wad –
Gosokkan MINYAK HERBANIKA dengan tipis ke bahagian kulit kepala serta
tengkuk dan bahu anda. Ikat rambut dengan rapi. Ini membantu meredakan ketegangan urat saraf di kepala, leher dan tengkuk semasa proses peneranan melahirkan anak dan melegakan bagi yang melahirkan secara ‘caesar’.
Sapurata MINYAK HERBANIKA ke bahagian perut, ari-ari (kecuali bahagian
‘pembedahan’), tundun sulit, peha, celahan peha, pinggul, pinggang, lutut,
belakang lutut, betis dan tapak kaki. Pakaikan Stokin. Ini membantu melembutkan urat saraf dan otot yang tegang (semasa peneranan berlaku) atau kurang pergerakan (semasa proses pembedahan) dan membantu melancarkan peraliran darah.
Untuk Bersalin Normal -
Kemudian, tuangkan MINYAK HERBANIKA ke bahagian sulit (biar minyak
mengalir ke celahan sulit ke bahagian ‘episiotomi’ / luka jahitan) dan
tuangkan ke atas pad/tuala sanitari. Pakai dengan selesa.
Untuk Bersalin Caesar –
Gunakan MINYAK HERBANIKA ke atas pad/tuala sanitari. Pakai dengan
selesa. Ini membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka jahitan,
memecahkan pengumpulan angin di usus serta rahim dan mengecutkan
rahim secara luaran.
Bengkung Ringan dengan MINYAK HERBANIKA semasa di Wad –
Bagi Kelahiran Normal -
Selepas sapuan MINYAK HERBANIKA ke bahagian perut serta pinggang,
disyorkan penggunaan ‘Strap-On Binder’ (Bengkung Moden yang mudah
didapati di Farmasi) dengan ringan dan rapi.
Bagi Caesar atau pembedahan –
Selepas sapuan MINYAK HERBANIKA ke bahagian perut serta pinggang
(kecuali bahagian surgeri), pastikan kegunaan ‘Strap-On Binder’ yang ringan
dan melepasi tundun sulit anda (tanpa memberi penekanan di bahagian
‘surgeri’). Anda boleh teruskan amalan ‘Berbengkung’ secara ini selama 2
Minggu sebagai langkah penjagaan awal.
2) UNCANG CUCI HERBANIKA
Bercebuk Bahagian Sulit untuk Bersalin Normal di Wad dan Rumah-
· Masukkan 2 genggam Garam dan 2 pkt UNCANG CUCI HERBANIKA ke
dalam sebekas air suam panas. Tekankan paket agar keluar pati herba
yang pekat.
· Lakukan cucian serta cebuk di bahagian sulit dan luka jahitan anda.
· Kesat kering. Sapukan MINYAK HERBANIKA ke bahagian luka jahitan
‘episiotomi’ dan tuangkan ia ke atas pad atau tuala sanitari anda.
Bercebuk Bahagian Sulit untuk Bersalin Caesar di Wad dan Rumah -
· Rendamkan 1 pkt UNCANG CUCI HERBANIKA ke dalam sebekas atau
semangkuk air suam panas. Tekankan paket agar keluar pati herba
yang pekat.
· Lakukan cebuk dan cuci di bahagian sulit sehingga terasa bersih serta
segar. Kesat kering.
· Tuangkan MINYAK HERBANIKA ke atas pad atau tuala sanitari anda
untuk melancarkan keluaran darah nifas dan mengatasi masalah
‘rengat’ atau ketidakselesaan di bahagian perut.
Uncang Cuci Herbanika boleh direbus bersama Daun Sireh, Inai,
Daun Pandan, Serai Wangi, Halia Tua, Halba dan Garam untuk
dijadikan ‘Mandian Herba’ Ibu Bersalin selama 14 hari atau 30 hari
sehingga 44 hari.
Uncang Cuci Herbanika membantu menghindari daripada jangkitan kuman
(infeksi), kegatalan kulit, atasi darah berbau, menghindari dan
menyembuhkan luka, kudis, nanah, masalah berair dan mempercepatkan
penyembuhan luka jahitan ‘episiotomi’. Sebagai mandian herba, ia
memelihara kulit agar segar, mantap dan tidak mudah dimasuki ‘angin
sejuk’.
3) AKAR HERBANIKA – Untuk Minuman Antioksidan
Di Hospital atau Wad Bersalin – Minum 2 – 4 gelas/mug sehari atau
3 – 6 cawan sehari.
Rendam 2 pkt dalam 1 flask atau thermos air panas mendidih sehingga ia
keluar pati herba teh sederhana pekat. Setiapkali minum, masukkan 1 sudu
teh – 1 sudu besar Madu Lebah Asli atau Pure Honey sebagai penawar,
penguat darah, anti-bakteria dan sumber tenaga. Minum suam panas, suam
atau suam sejuk.
2 pkt boleh diulangi rendam beberapa kali selama beberapa hari sehingga
cair, rebuskan sebelum diganti yang baru.
Di Rumah – Buat Pilihan - Rendam atau Rebus
Disyorkan - rebus 2 – 3 pkt AKAR HERBANIKA dalam 1 liter air atau secerek
sederhana air panas sehingga mendidih. Tuangkan ke dalam flask atau
thermos dan setiapkali minum, masukkan 1 sudu teh – 1 sudu besar Madu
Lebah Asli atau Pure Honey sebagai penawar, penguat darah, anti-bakteria
dan sumber tenaga. Minum suam panas, suam atau suam sejuk. 2 pkt boleh
diulangi rebus beberapa kali selama beberapa hari sehingga cair, gantikan
yang baru.
Minuman Antioksidan ini membantu menyegarkan urat saraf,
memperbanyakkan pengeluaran susu Ibu, mengurangkan air berlebihan
dalam badan atau atasi Retensi Air, melawaskan sistem pembuangan air
kecil, meringankan badan, membantu memecahkan lelemak degil serta
mengatasi keletihan dan sakit sendi serta sejuk-sejuk dan juga mengawal
bau badan. BOLEH DITAMBAH SERAI (ketuk), 2 INCI HALIA TUA (ketuk), 1
SUDU BESAR HALBA dan DAUN PANDAN 1 – 2 helai diikat.
4) MUSTAJAB PHYTO NATAL – Tablet Pembersih Rapi Dalaman
Bersalin Normal mula pada Hari ke 4 dan Bersalin Caesar mula pada
Hari ke 7 –
Lawas Buang Air Besar - Normal
PHYTO NATAL 2 – 4 tablet
Tidak Lawas Buang Air Besar - Sembelit
PHYTO NATAL 4 – 10 tablet
Terlalu Lawas Buang Air Besar - Sensitif
PHYTO NATAL 1 – 2 tablet
Phyto Natal membantu membersihkan rahim dengan mengeluarkan angin
lendiran dan mengatasi ‘Angin Meroyan’ serta ‘Murung’, darah kotoran
dalam sistem badan, menyegarkan fungsi rahim serta memperbanyakkan
dan mengeluarkan susu Ibu dengan lancar. Ia menambahkan daya tenaga
semasa dalam pantang, mengimbangi kembali sistem badan, membantu
membuang lemak berlebihan, mengatasi sakit anggota, kembung perut dan
melawaskan sistem pembuangan air besar serta air kecil. Ia juga
mempercepatkan pengecutan rahim dengan melancarkan pengeluaran darah
nifas dan membantu mengekalkan kecantikan bentuk badan yang sihat,
mantap serta menyerikan wajah.
Nota:
Disyorkan pengambilan pada setiap waktu pagi (selepas sarapan) untuk
melawaskan sistem pembuangan air besar anda pada sebelah awal petang
bagi tidak mengganggu waktu tidur anda.
5) KRIM BARUT
Bagi Kelahiran Normal pada Hari ke-4 sehingga 44 Hari (Disyorkan
selama 60 hari) dan bagi Kelahiran Caesar atau Pembedahan pada
Hari ke-15 sehingga 44 Hari (Disyorkan selama 60 Hari).
· Selepas sapuan MINYAK HERBANIKA ke bahagian perut serta
pinggang, sapu rata KRIM BARUT di perut, ari-ari, pinggang, pinggul
serta atas peha.
· Gunakan ‘Strap-On Binder’ (Bengkung Moden yang mudah didapati di
Farmasi) atau Bengkung Tradisional (jenis Kain Barut) dengan kemas,
kejab dan rapi.
· Pastikan Kain Barut atau Bengkung dari paras bawah payudara
sehingga melepasi atas peha bagi mendapatkan bentuk badan yang
ramping, tidak kembang, kemas dan mantap.
· Gunakan Bengkung dari waktu pagi sehingga lewat petang. Bukakan
bengkung untuk amalan cucian atau cebuk bahagian sulit atau
bersediakan diri untuk waktu malam.
· Sapu semula seperti diatas dan gunakan Bengkung semalaman.
Sangat berkesan untuk mengatasi perut lembik, besar, buncit, menggeleber,
kembang dan kendur. Ia membantu mengempiskan serta mengejabkan
perut, merampingkan pinggang, mengatasi jaluran serta parut pada kulit
dan mengecutkan rahim secara luaran dengan membantu melancarkan
peraliran nifas serta darah busuk dari saluran rahim. Ia juga dapat
mengatasi pembengkakan luaran anggota badan.
6) HERBANIKA LULUR
Bagi Rawatan di Rumah untuk Kelahiran Normal dan Caesar atau
pembedahan -
· Sebelum mandi, ambil 1 – 2 sudu besar HERBANIKA LULUR digaul
sederhana cair dengan air suam.
· Sapurata ke seluruh badan, lakukan ‘gosokkan’ atau lulur semasa ia
separa kering sehingga bersih. Elakkan lulur di bahagian payudara
serta perut secara ‘kasar’ atau menyental. Lakukan dengan lembut
dan berhati-hati. Elakkan lulur di bahagian puting payudara yang
berkulit ‘sensitif’ akibat penyusuan.
· Mandi dan bilas dengan bersih (gunakan Mandian Herba untuk badan
anda).
· Ulangi amalan ‘Lulur’ ini setiap hari selama 30 hari ke 44 hari untuk
mendapatkan kesan yang baik.
Ia akan menghilangkan daki, menghaluskan kulit yang kasar, mencerahkan
kulit yang berpikmentasi kehitaman atau jeragat, mengatasi ketegangan
otot, mengecutkan bentuk badan yang ‘kembang’ atau ‘sembab angin’ dan
mengatasi sejuk-sejuk, kebas, lenguh atau sengal badan di samping
mengelakkan kemasukan ‘angin sejuk’. Ia mengembalikan kemantapan kulit
Ibu dalam pantang bersalin dengan memecahkan lemak degil serta angin
lendir, mengecutkan bengkak sendi, otot, urat saraf dan mengatasi masalah
Bengkak Vena atau Vena Varikos. Membantu menegangkan payudara yang
kendur dan atasi penyumbatan pada payudara.
PEMAKANAN SEIMBANG SEMASA DALAM PANTANG BERSALIN.
· Nasi panas sederhana lembut, bubur nasi, spagetti, pasta dan
makaroni.
· Sayur-sayuran yang disyorkan ialah bawang putih, bawang merah,
bawang besar, halia, lengkuas, daun dan bunga kunyit, ulaman
lemuni, ulaman pegaga, daun pudina, daun kari, brokoli, karet dan
sawi, serai , lengkuas, ‘cauli-flower’, ‘baby-jagung’.
· Ikan segar yang dsiyorkan ialah ikan merah, tenggiri, haruan,
jenahak, selar kuning, kerisi, kurau, kerapu, siakap, kod, bawal putih
dan senangin.
· Makanan bijirin iaitu gandum (oats), empingan jagung (corn flakes),
bran, muesli, beras merah, beras perang, beras, kismis kuning dan
hitam, kekacang soya (tauhu, tempe dan tofu), kekacang badam,
walnut, makadamia, gajus dan bijan, roti putih, roti
wholemeal/wholegrains, roti canai, chapati, tosei, roti puri dan kari.
· Buah-buahan yang boleh disyorkan ialah epal merah, oren manis
(limau manis), kurma, buah zaitun, buah tin (fig), delima, pir, lai, pic,
aprikot, strawberi, anggur (jangan berlebihan boleh akibatkan batuk),
jus epal, ribena dan sirap.
· Minuman berkhasiat disyorkan susu, susu soya, horlicks, milo, dan
akar herbanika.
· Gunakan pemanis iaitu madu lebah asli, gula merah, gula perang dan
raw sugar.
· Teruskan amalan Vitamin sebagai suplimen anda semasa menyusu
bayi.